Wednesday, November 4, 2020

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN MEDIA SOSIAL


1.0 PENGENALAN MEDIA SOSIAL & CONTOH-CONTOHNYA

Pada era globalisasi ini, kita hidup dalam arus kemajuan teknologi. Saya percaya bahawa setiap daripada kita mempunyai sekurang-kurangnya telefon bimbit dan sambungan internet yang baik😉. Oleh yang demikian, kita lebih mudah untuk mendekatkan diri dengan media sosial. Namun itu, pernahkah kita mengetahui apa itu media sosial?


Menurut Michael Haenlein dan Andreas Kaplan, mereka mendefinisikan media sosial sebagai sebuah kumpulan aplikasi yang berasaskan internetyang membangun di atas dsar ideologi. Selain itu, mereka juga berkata bahawa media sosial merupakan teknologi web 2.0 yang memungkinkan penciptaan dan pertukaran user-generated content.

Bagi memastikan diri kita lebih memahami apakah itu media sosial, kita mestilah mengetahui perkataan yang digunakan iaitu "media" dan "sosial". Media membawa maksud sebuah alat yang digunakan atas tujuan untuk berkomunikasi. Contohnya ialah televisyen, surat khabar, radio dan sebagainya. Sosial pula bermaksud interaksi antara seseorang dengan orang lain melalui perkongsian maklumat dan diikuti dengan penerimaan maklumat daripada orang lain. Daripada dua perkataan ini, kita dapat menyimpulkan bahawa media sosial bermaksud sebuah alat komunikasi yang membenarkan kita untuk berinteraksi dengan orang lain.

Saya yakin bahawa majoriti daripada kalangan kita mempunyai banyak akaun media sosial✌. Sebagai contohnya ialah Instagram, Twitter, Facebook, Blogger dan lain-lain lagi. Jadi, kesemua ini berada di bawah kelompok media sosial.

2.0 KEBAIKAN & KELEMAHAN MEDIA SOSIAL

Namun begitu, cara penggunaan media sosial adalah amat penting dalam diri seseorang. Kita hendaklah menggunakan media sosial secara berhemah. Pada hari ini, kita dapat menyaksikan segelintir daripada masyarakat kita yang menyalahgunakan kemudahan media sosial. Perkara ini haruslah ditegah secepat mungkin kerana ianya akan mendatangkan keburukan bukan sahaja kepada diri pengguna malah kepada masyarakat dan mungkin juga negara. Oleh itu, apakah kebaikan dan juga kelemahan yang dapat kita peroleh daripada menggunakan media sosial ini?



3.0 KEBAIKAN MEDIA SOSIAL

Media sosial banyak mendatangkan faedah kepada kita jika cara penggunaan kita adalah secara berhemah👍.

Antara kebaikan yang pertama yang dapat kita peroleh daripada media sosial ialah dapat menambah kenalan baru kepada kita di samping hubungan lama yang telah terputus dapat dieratkan semula. Sebagai contoh apabila kita mempunyai akaun media sosial, mereka dapat mengeratkan semula hubungan yang telah lama terputus dan dapat berinteraksi antara satu sama lain.


Kebaikan yang kedua pula ialah kemudahan untuk menyebarkab maklumat. Sebagai contoh, kita boleh menyampaikan maklumat kepada masyarakat luar dengan mudah dan pantas melalui akaun Facebook. Oleh itu, kita tidak perlulah untuk berjumpa secara berhadapan untuk menyampaikan sesuatu maklumat.


4.0 KELEMAHAN MEDIA SOSIAL
Penggunaan media sosial juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada kita jika tidak mematuhi prosider penggunaan yang betul. Antara keburukan yang pertama ialah berlakunya banyak penipuan atau pemalsuan akaun. Ramai di antara kita yang telah tertipu melalui mana-mana akaun dalam media sosial. Sebagai contoh, mereka telah tertipu melalui aktiviti jual beli melalui akaun dalam media sosial.


Kelemahan yang seterusnya ialah boleh menyebabkan berlakunya pergaduhan. Melalui media sosial, sesorang itu boleh menulis maklumat peribadi orang lain secara kurang wajar. Hal ini akan menyebabkan mangsa boleh menjadi bahan kutukan atau fitnah oleh orang lain dan menyebabkan dirinya menjadi marah dan berlakunya pergaduhan, stress dan sebagainya.


Sebelum berakhir, marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada video ini:

5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, media sosial banyak mendatangkan keburukan dan kebaikan kepada kita. Namun begitu, segala keburukan yang wujud haruslah kita banteras secepat mungkin sebelum "nasi telah menjadi bubur". Semua pihak memainkan peranan yang penting dalam mengambil tindakan yang serius apabila berlakunya isu yang berkaitan dengan media sosial kerana pepatah ada mengatakan bahawa "mencegah lebih baik daripada merawat". Akhir kata, kita hendaklah menggunakan media sosial dengan betul agar penciptaan teknologi ini dapat dimanfaatkan dengan baik.

No comments:

Post a Comment

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN MEDIA SOSIAL

1.0 PENGENALAN MEDIA SOSIAL & CONTOH-CONTOHNYA Pada era globalisasi ini, kita hidup dalam arus kemajuan teknologi. Saya percaya bahawa s...